awak
saya nak tegur awak.
tapi saya pun pernah buat apa yang awak buat.
semua ini memang best.
tapi tidak ke mana pun
saya takut cara saya menegur awak tidak betul.
lagipun sekarang ini
awak pun sudah banyak kali membohongi saya.
saya malas nak tengok muka awak
tapi awak kawan saya.
saya sayang awak.
kalau awak senang awak tidak mencari saya.
tapi bila awak sudah menghadapi kesusahan
baru lah awak mencari saya.
awak ingat saya ini makanan.
yang boleh di makan bila lapar.
tidak sama sekali.
awak silap.
saya sudah banyak bersabar dengan awak.
saya tidak akan dan
tidak boleh menolong awak.
kerana awak sendiri kena tolong diri awak
untuk menuju jalan yang lurus.
saya tidak boleh menegur kerana
saya sendiri jalan senget.
say juga ada kesalahan dan
saya ingin memperbaikinya sendiri.
mungkin saya ada hak untuk menegur awak
tapi awak akan membohongi saya lagi
saya tidak mahu dosa awak bertambah.
lebih baik saya mendiam diri
daripada mencampuri urusan awak
urusan saya sendiri tidak terurus.
inikan pula ingin menyelesaikan masalah awak
awak kena berdikari untuk mebperbaiki diri awak
jika bukan awak siapa lagi.
saya tidak mampu menegur.
saya hanya berpura-pura mencari penyelesaiannya
sebaliknya tidak.
terima kasih,kawan.
saya tidak pernah berjumpa kawan seperti awak
selama saya bersekolah di smk(p)sultan ibrahim.
jangan lah menyakiti hati kawan kawan awak yang lain
disebabkan orang yang awak sayang
awak kehilangan kawan kawan awak
awak sendiri cakap persahabatan
lagi penting dari segalanya
tapi sekarang awak membuktikan bahawa
orang yang kita sayang
lagi penting dari kawan kita sendiri.
kenapa awak bermain dengan
fakta yang sememangnya benar.
jangan lah awk mencuba
untuk menterbalikkan fakta
yang sememangnya benar
saya tidak memahami awk
untuk sementara waktu ini.
maafkan saya.
saya sudah penat untuk semua ini.
saya tak mampu menanggung
beban dendam saya terhadap awak.
kenapa awak harus menipu saya
sementara saya tahu perkara yang sebenarnya.
kenapa awak?
kenapa awak rapat dengan orang yang
bukan selalu bersama awak ketika awak susah?
adakah mereka memberikan
sesuatu yang tidak sama dengan apa yang
kawan kawan awak berikan kepada awak?
cuba berterus terang.
pembohongan ini tidak akan lama tertutup.
ianya akan terbuka jika
awak memberitahu kepada orang yang tidak sepatutnya.
say hanya akan menunggu saat itu.
jangan buat saya menunngu
atas kesalahan yang awak buat.
saya minta tolong kepada awak.
jika awak tidak memerlukan orang yang
awak sayang selama ini.
sila tinggalkannya untuk kawan kawan awak.
kawan kawan awak masih memerlukan awak
walaupun meraka tidak menunjukkan yang
mereka memerlukan awak.
awak kena pergi ke tempat kawan kawan awak
dan
berkawan seperti dahulu.
kawan kawan awak mengharapkan
awak untuk berubah.
kejarlah kawan kawan awak yang
sudah melarikan diri dari awak.
sembuhkanlah luka kawan kawan
awak yang awk sakiti.
mungkin ianya akan lama
tapi akibatnya awak akan
mempunyai kawan kawan yang awak cari selama ini.
percaya lah kata kata saya
saya minta maaf kerana saya pengecut.
tidak berjumpa awak.
dan saya hanya menulis di dalam blog ini sahaja.
hanya dengan blog ini saya akan menjadi tenang.
kerana saya telah melepaskan
segala galanya.
saya minta maaf.
jika apa yang saya tulis ini
menyakitkan hati awak.
THE END
No comments:
Post a Comment