Thursday
leaving .
15 MEI , 1.15pagi . satu pangilan diterima oleh ayah aku .ayah aku terkejut bila mendengar suara adik adiknya menangis . aku bertanya adiknya apa yang berlaku . adiknya begitu sulit ingin memberitahu kepada abangnya , iaitu ayah ku . tanpa ku sedari , ayah ku terduduk di lantai sambil menangis . aku sangat terkejut lalu menyapa ayah ku dan bertanya perkara yang sebenar . ayah mematikan panggilan dan memberitahu tentang pemergian nenek ku . aku terkaku dan ayah menyuruh ku bersiap untuk pulang ke melaka untuk menziarahi nenek ku . ayah ku membuat panggilan untyk memberitahu tentang berita itu . dalam perjalanan pulang ke melaka , ayah ku tidak berhenti menangis dan memberitahu padaku " wani , lepas nih ayah da takde tempat mengadu , nenek da tinggalkan ayah . apa perasaan andabila ayah kamu mengatakan sedemikian . tanpa ku sedari , pipi ku berlinangan air mata dan berdoa agar nenek ku di tempat di tempat yang mulia di mata Allah . ayah berpesan padaku untuk mensedekahkan Surah Yaasin kepada arwah nenek ku setibanya di rumah nenek ku nanti . setelah tiba di rumah nenek , aku terus mengambil Yassin dan duduk di sebelah nenek lalu membaca sambil menangis kerana tidak menyangka nenek akan pergi secepat ini . tepat pada pukul 11.00 pagi . tiba masanya untuk memandikan jenazah nenek . anak menantu nenek memandikan nenek walhal aku menjahit kain kafan untuk nenek . setelah memandikan nenek dipakaikan kain kafan dan wangian . sebelum muka nya dibaluti kain kafan . imam meminta anak-anak serta saudara terdekat untk membrikan penghormatan terakhir dan mensedekahkan ciuman kepada nenek kerana selepas itu mereka akan membuat sembahyang jenazah di surau berdekatan . ayah masih menangis ketika membuat sebahyang jenazah . ayah terlalu rapat dan manja dengan nenek . tibanya di kg padang , kami beramai ramai pergi tanah perkuburan untuk memakamkan jenazah . ayah ( anak ) , along ( cucu ) , uncle azmi (menantu ) yang masuk ke dalam kubur untuk memakamkan jenazah nenek . ayah memegang kepala nenek , along memegang badan nenek da uncle azmi memegang kaki nenek . selesai sudah pemakaman nenek , imam pun membaca kan doa untuk nenek dan kami sekeluarga menyiramkan air dan menaburkan bunga di atas makam nenek . pada malam itu , kami menjemput orang yang mengenali nenek untuk mengadakan kenduri tahlil tiga malam berturut-turut . kepada sesiapa yang membaca blog saya . harap dapat memberikan kerjasama untuk mensedekahkan Al-fatihah kepada nenek saya , iaitu sam binti baba . TERIMA KASIH~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kau sabar tau wuny . aku doakan nenek kau aman di alam sana . kau jangan sedeh sedeh tau :( aku ppun rasa sedeh kalau kau sedeh . kalau kau ada apa apa masalah . aku ade untuk kau . aku tak kaya . tapi insya allah aku bolee jadi pendenga yang baik untuk kau
Post a Comment